WEBINAR JIHAD UNTUK PALESTIN: FATWA DAN TINDAKAN
Genosid Israel di Gaza terus berlangsung dengan jumlah rakyat Palestin yang syahid melebihi 51,000. Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia telah mengeluarkan fatwa kewajipan jihad untuk membantu Palestin melalui ketenteraan dan pelbagai cara bagi melawan penjajah Israel.
Seruan ini telah mengejut dunia Islam yang masih belum melakukan tindakan drastik dan berkesan untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza. Institusi fatwa, para ulama dan pemikir serta masyarakat di negara Islam telah memberi reaksi yang pelbagai terhadap fatwa ini.
Dunia Palestin membawakan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Ulama Al-Juwaini, Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa untuk membincangkan hukum-hakam mengenai jihad, fatwa jihad untuk Palestin yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak dan bagaimana respons serta tindakan umat bagi membantu Palestin.
WEBINAR JIHAD UNTUK PALESTIN: FATWA DAN TINDAKAN
- Rakaman penuh webinar beserta sesi soal jawab
- Slaid webinar diberikan
Pembentang:
Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa
- Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Ulama Al-Juwaini - Sarjana Syariah (Usul Fiqh)
Universiti Al-Azhar Mesir
Terbitan: Dunia Palestin Network
Kaedah pembelian rakaman:
1. Lengkapkan borang dan pembayaran melalui OnPay ini. Pembayaran hanya boleh dibuat melalui Perbankan Dalam Talian FPX (Toyyibpay).
2. Sila semak emel anda yang didaftarkan untuk mendapatkan rakaman dan slaid selepas selesai membuat pembelian.
Nota: Sila gunakan emel Gmail dan semak folder spam jika tiada emel di inbox
3. Sebarang pertanyaan boleh whatsapp di talian 013-2116820 atau klik duniapalestin.wasap.my
==============
Kami juga mengalu-alukan para pembaca yang budiman yang ingin menaja operasi dan pembangunan platform Dunia Palestin. Ribuan terima kasih diucapkan.